Sebagai umat islam kita haruslah bijak mengatur masa dan tunaikanlah solat sebaik-baiknya di awal waktu. Ini kerana solat 5 waktu merupakan tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya bererti ia telah menegakkan agamanya. Dengarkan pengumuman Waktu Solat dan azan bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya di ZAYAN setiap hari. Selamat menunaikan solat fardhu.
FnN PAGI ZAYAN menampilkan gandingan baharu yang bakal menceriakan pagi anda bersama FBI (Faizal Ismail) dan Nana Mahazan. Mulakan pagi anda dengan pengisian penuh bermanfaat,setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 6 hingga 10 pagi.