Skip to main content

Advertisement

Submitted by qistina-farahi… on
ZAYAN : KITA FM 2026
Image removed.

 

Satu Nama, Satu Suara. KITA FM 2026 Kembali Lagi!

Bila kita bersatu, kemeriahan berganda! Sempena sambutan bulan kebangsaan, KITA FM 
menghimpunkan stesen-stesen radio di bawah Astro Audio untuk membawakan
liputan eksklusif, siaran langsung luar (Outside Broadcast), dan siri jelajah mega terus
kepada anda di seluruh negeri.

 

Sorotan Acara Utama

• Perarakan Hari Kebangsaan & Siaran Luar (31 Ogos)
Saksikan gabungan 5 stesen utama iaitu ERA, SINAR, HITZ, MY, dan RAAGA bersiaran secara langsung dari
Dataran Putrajaya bermula jam 6:00 pagi. Jangan lepaskan peluang melihat
kemunculan istimewa Bas KITA FM berarak dalam perbarisan Hari Kebangsaan dan
bertemu dengan personaliti radio kegemaran anda.
(Masa siaran terperinci akan dikemas kini)

 

• Bas KITA FM di Menara KL (31 Ogos | 2:00 PM – 4:00 PM)
Meriahkan sambutan Hari Kebangsaan anda di Menara KL! Sertai sesi flag-off, pelbagai aktiviti
pentas interaktif bersama barisan personaliti radio, dan bawa pulang hadiah serta
cenderahati eksklusif daripada penaja.

 

• Jelajah Bas KITA FM Satu Malaysia
Gabungan 13 stesen radio bersatu menjelajah ke setiap negeri menerusi Jelajah Bas KITA FM. Temui personaliti radio
kegemaran anda secara langsung, nikmati siaran luar di lokasi anda, dan saksikan
mini showcase istimewa bersama barisan artis popular tanah air.

• Larian KITA FM (Misi 63 KM)
Sahut cabaran larian bersama 13 stesen radio di
setiap negeri bagi melengkapkan misi larian sejauh 63 kilometer!

• Pahang (2 September | 6:00 PM – 7:00 PM): Larian 3 KM di Taman Gelora, Pahang

• Showcase KITA FM (2 September 2026 | 8:30 PM – 11:00 PM)

Warga Pantai Timur jom gegarkan Kuantan! Saksikan persembahan mantap dan
gandingan istimewa stesen ERA, SINAR, dan GEGAR di Perkarangan Menara 188,
Kuantan. Nikmati malam penuh hiburan bersama barisan penyampai dan artis
popular jemputan.

 

Ikuti perkembangan terkini, jadual siaran, dan kandungan eksklusif di laman web
serta semua platform media sosial rasmi kami.

 

 

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni

Terima kasih Malaysia kerana terus bersama KITA FM!

Advertisement

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda