Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Momen Pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq Jadi Tumpuan, Himpun Hampir 130 Juta Tontonan

Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac lalu menjadi antara acara paling mendapat perhatian apabila berjaya mencatatkan hampir 130 juta tontonan secara keseluruhan.

Siaran langsung tersebut menarik lebih empat juta penonton di seluruh negara, selain meraih kira-kira 6.5 juta tontonan secara langsung di platform digital sebelum melonjak kepada lebih 121 juta tontonan di media sosial dalam tempoh sehari.

Advertisement

Pencapaian itu sekali gus menggambarkan kekuatan kandungan tempatan yang mampu menarik minat penonton secara meluas, selain menunjukkan perubahan corak tontonan yang kini lebih tertumpu kepada akses pelbagai platform secara serentak.

Sepanjang majlis berlangsung, beberapa detik istimewa turut mencuri perhatian ramai, termasuk ucapan Syed Saddiq yang menyentuh tentang keperibadian serta ketabahan Bella sebagai seorang wanita dan ibu, di samping menekankan kepentingan nilai kekeluargaan.

Momen tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton dan menjadi antara topik perbualan hangat di media sosial.

Selain itu, elemen integrasi jenama berasaskan nilai turut diketengahkan melalui konsep hantaran yang menekankan aspek pendidikan serta perancangan kewangan, sekali gus memberi kelainan kepada penganjuran majlis tersebut.

Kerjasama dengan rakan strategik seperti Kitsui dan Great Wall Motor (GWM) turut menyumbang kepada keseluruhan pengalaman majlis.

Menurut Naib Pengerusi Hiburan dan Drama, Raqim Ahmad, kejayaan ini memperlihatkan bagaimana kandungan tempatan mampu mencetuskan fenomena dan menghubungkan penonton di seluruh negara.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bella Astillah dan YB Syed Saddiq atas langkah pertama dalam perjalanan mereka bersama, serta kepercayaan yang diberikan kepada Astro untuk merakam detik penuh bermakna ini.

“Momen ini turut membuktikan kekuatan sebenar kandungan dan ekosistem Astro, di mana kandungan bergerak lancar merentas TV, digital, radio dan media sosial untuk mencipta pengalaman bersatu di seluruh negara.

“Skala penglibatan yang dicapai mencerminkan sejauh mana rakyat Malaysia berhubung dengan kisah ini, sekaligus mengukuhkan keupayaan kami dalam mengangkat detik masa nyata menjadi fenomena budaya,” katanya.

Perkembangan seterusnya mengenai pasangan ini, termasuk persiapan menuju hari perkahwinan mereka

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda