Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Makmum Lelaki ‘Request’ Imam Selitkan Doa Tentang Jodoh Buat Netizen Terhibur - “Geng Single Mungkin Yang Aminkan Paling Kuat..”

makmum lelaki ‘request’ imam selitkan doa tentang jodoh buat netizen terhibur - “geng single mungkin yang aminkan paling kuat..”Foto: Tangkap layar video

Satu perkongsian video di Threads baru-baru ini mengundang gelak tawa ramai apabila memaparkan seorang lelaki yang secara bersahaja meminta imam mendoakan golongan bujang agar segera dipertemukan jodoh.

Advertisement

Menurut terjemahan yang dikongsikan pengguna lain, lelaki itu meminta imam menyelitkan doa khas buat mereka yang masih single.

Tanpa keberatan, imam berkenaan melayan permintaan tersebut dan jemaah lain turut sama mengaminkan.

Antara doa yang disebut termasuk harapan agar ‘perkahwinan kerana Allah membawa kebahagiaan’, sekali gus membuatkan ramai yang masih belum berpasangan mengakui mereka akan mengaminkan bahagian itu paling kuat.

Ruang komen pula tidak kurang hebatnya apabila netizen meninggalkan pelbagai reaksi lucu dan spontan.

“Nak kena pergi bisik kat imam ke malam ni, kang imam tu doa berjodoh dengan dia pulak,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna yang mendakwa dirinya imam turut berseloroh,

“Haaa saya imam masjid juga. Selalu je orang minta doa macam ni waktu qunut witir. Selalunya saya layankan je. Kalau nak nanti meh datang masjid saya haha,” ujarnya.

Malah, tidak kurang juga ada yang nampaknya sudah mula menyusun strategi.

“Nampak gayanya banyak masjid aku kena singgah ni,” tulisnya.

Malah, seorang netizen berkongsi pengalaman ketika berada di luar negara.

“Entahlah setakat ni saya kat Egypt dulu, memang ada masjid hari-hari baca. Diorang punya qunut dari first terawih tau,” kata seorang pengguna.

Walaupun sekadar video ringkas, perkongsian tersebut jelas mencerminkan betapa isu jodoh sentiasa dekat di hati ramai.

Dalam suasana penuh doa, nampaknya golongan single tidak mahu melepaskan peluang untuk menumpang sekali harapan yang dipanjatkan.

Sumber: Threads @amar.56_65

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda