Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Maaf Jika Saya Sebak…” - Aisha Retno Terharu Baca Surah Al-Qadr, Kongsi Hikmah Malam Penuh Berkat

Foto: Threads

Penyanyi, Aisha Retno menarik perhatian ramai apabila menzahirkan rasa sebak ketika membacakan ayat al-Quran secara langsung dalam sebuah rancangan keagamaan, menekankan keindahan dan hikmah Surah Al-Qadr.

Advertisement

Dalam sesi Tazkirah Malam Jumaat, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, kelihatan terbawa emosi ketika mengalunkan Surah Al-Qadr dengan penuh penghayatan, seolah-olah menyatu dengan roh malam yang penuh keberkatan.

Menurut Aisha, sebak yang dirasainya muncul selepas membaca tafsir surah itu, yang menekankan keistimewaan Lailatul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

 

 

 

“Maaf jikalau saya sebak membawa surah Al-Qadr. Sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini, ia sangat bermakna dan sentimental. Terima kasih sudi jemput saya mengaji…” ujarnya.

Surah Al-Qadr mengingatkan umat Islam tentang malam penuh rahmat, di mana al-Quran diturunkan dan para malaikat turun membawa kesejahteraan serta keberkatan sehingga terbit fajar.

Malam tersebut menjadi peluang emas untuk beribadah, memohon ampunan, serta memperbanyakkan amal soleh.

Perkongsian Aisha itu mendapat pujian warganet, ramai yang tersentuh dengan penghayatan dan kelembutan bacaan taranum yang jelas.

Alunan bacaan itu bukan sahaja menyentuh hati pendengar, malah mengingatkan pentingnya menghargai malam Lailatul Qadar sebagai sumber keberkatan dan kesempatan mendekatkan diri kepada Allah.

Sumber: Threads

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda