Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

Daripada Konti Ke Komuniti! Astro Audio Jayakan Drive-Thru Bubur Lambuk Di Masjid Al Hasanah Bangi

Semangat Ramadan terus disemarakkan apabila Astro Audio kembali menganjurkan program Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk yang berlangsung di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Program tahunan ini menjadi simbol komitmen Astro Audio untuk mendekati masyarakat sambil berkongsi rezeki sepanjang bulan yang penuh keberkatan.

Advertisement

Menerusi inisiatif tersebut, sebanyak 2,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada orang ramai yang hadir secara pandu lalu di lokasi program.

Acara ini turut disertai oleh penyampai radio daripada 13 stesen radio Astro Audio, yang bersama-sama turun padang menyantuni komuniti setempat.

Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, berkata program ini menjadi antara platform penting untuk merapatkan hubungan antara penyampai radio dan pendengar yang selama ini setia menyokong stesen pilihan mereka.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Masjid Al Hasanah yang menyediakan kemudahan bagi menjayakan program tersebut.

Dalam masa sama, Priya turut merakamkan terima kasih kepada YEOS yang tampil sebagai penaja utama dengan mengagihkan minuman popular seperti Soya Bean dan Lemon Tea kepada para penerima.

Menurut beliau, program Kami Care bukan sekadar inisiatif kebajikan, sebaliknya menjadi platform untuk memupuk nilai ihsan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti.

Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan, Astro Audio menyatakan hasrat untuk meneruskan program seumpama ini pada masa hadapan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda