Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

“Alhamdulillah!” Pempengaruh Muslimah Ayana Jihye Moon Umum Berjaya Masuk Oxford, Netizen Tumpang Bangga

Gambar: Instagram (xolovelyayana)

Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai @xolovelyayana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi berita gembira apabila berjaya menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Oxford, salah satu universiti paling berprestij di dunia.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Instagram, wanita berhijab itu memuat naik gambarnya memegang dokumen tawaran sambil menulis kapsyen ringkas namun penuh syukur: 

“Got into Oxford! Alhamdulillah.”

Menurutnya, kejayaan itu adalah untuk pengajian peringkat kedua (second degree) dan dia sudah lama mempertimbangkan pelbagai pilihan universiti sebelum membuat keputusan akhir.

Dalam perkongsiannya, dia mendedahkan bahawa sepanjang tahun lalu dan tahun ini, dia sebenarnya sudah menerima beberapa tawaran daripada universiti bertaraf dunia untuk program sarjana.

Malah, salah satu universiti ternama juga pernah menawarkan peluang istimewa yang jarang diberikan kepada orang ramai.

Namun selepas membuat pertimbangan panjang tentang masa depan dan matlamat hidupnya, dia akhirnya memilih untuk memulakan perjalanan baharu di Oxford.

Apa yang lebih menyentuh hati ramai adalah niat yang dikongsikannya di akhir kapsyen.

 

Menurutnya, perjalanan akademik ini bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi sebagai usaha menyumbang kepada komuniti dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin Muslim pada masa depan.

“For more A’s and more Muslim leaders. InsyaAllah, Ameen.”

Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada rakan-rakan rapat yang sentiasa menyokongnya sepanjang perjalanan akademik yang mencabar.

Katanya, mereka adalah antara individu yang paling gembira dengan kejayaan tersebut, malah ada yang sudah mengetahui berita itu lebih awal sebelum diumumkan kepada umum.

Wanita itu turut berseloroh bahawa “Oxford tour akan dibuka September ini”, menandakan dia bakal memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar pascasiswazah tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada pengikut yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kejayaannya.

Ramai netizen juga menyifatkan pencapaian itu sebagai inspirasi besar buat wanita Muslim untuk terus mengejar pendidikan di peringkat tertinggi dunia.

Sumber: Instagram (xolovelyayana)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda