Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

[Video] Jemaah Terlalu Padat di Mekah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Foto: Tangkap layar video

Suasana jemaah yang terlalu padat di Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan menjadi bualan ramai selepas satu rakaman video tular di media sosial memaparkan orang ramai menunaikan solat dalam keadaan ruang yang sangat terhad.

Advertisement

Rakaman yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @yemmi.sui memperlihatkan jemaah memenuhi kawasan tersebut sehingga ada yang dilihat terpaksa bersolat tanpa ruang mencukupi untuk melakukan sujud dengan selesa.

Menerusi video itu, individu berkenaan turut menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku ketika itu.

“Sekiranya kamu semua tertanya-tanya bagaimana betapa padatnya di Mekah pada 10 malam terakhir. Orang ramai solat tanpa ada tempat untuk sujud,” katanya.

@yemmi.sui #Mecca #MeccaIive ♬ original sound - yemmi.sui

 

Keadaan tersebut menggambarkan betapa ramainya umat Islam dari seluruh dunia yang hadir ke Tanah Suci untuk memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah.

Namun begitu, lokasi sebenar rakaman tersebut di sekitar kawasan Masjidil Haram tidak dapat dipastikan, selain keadaan keseluruhan jemaah pada waktu kejadian juga tidak diketahui secara jelas.

Perkongsian video itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang meluahkan rasa kagum serta tersentuh melihat kesungguhan para jemaah beribadah walaupun berada dalam situasi yang sangat sesak.

Ada juga yang menyifatkan suasana tersebut sebagai bukti betapa tingginya keinginan umat Islam untuk berada di Mekah bagi merebut keberkatan pada penghujung bulan Ramadan.

“Fuh padat gila di Mekah, untung boleh solat dan puasa di sana masya Allah,” tulis Arief.

“Tapi ni macam solat jenazah pun ada. Tapi kalau betul tak pelik sebab dekat Mekah memang tengah sangat padat sekarang,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Sumber: TikTok @yemmi.sui

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda