
Foto sekadar hiasan
Ketegangan di Selat Hormuz memberi impak besar kepada pasaran tenaga global dan sekali gus menekan ekonomi beberapa negara yang bergantung kepada import minyak dan gas. Dalam keadaan bekalan yang tidak menentu, negara berpendapatan rendah dilihat paling mudah terjejas.
Advertisement
Bagi menilai tahap kerentanan, The Economist menggunakan dua ukuran utama iaitu kebergantungan terhadap tenaga import serta kekuatan kewangan sesebuah negara.
Kebergantungan dinilai berdasarkan jumlah import minyak dan gas, khususnya dari Timur Tengah, selain sumbangan kiriman wang dari negara Teluk. Keupayaan pula diukur melalui rizab pertukaran asing dan kadar hutang luar negara.
Negara dengan kebergantungan tinggi tetapi penampan kewangan lemah dianggap paling berisiko.

Foto sekadar hiasan
Berikut ialah 15 negara yang paling terkesan:
1. Jordan
Import minyak dan gas bersih 5.32 peratus daripada KDNK, dengan 90.6 peratus datang dari Timur Tengah. Kiriman wang dari Teluk menyumbang 7.49 peratus KDNK. Rizab pertukaran asing bersamaan 7.8 bulan import, manakala hutang luar kerajaan 42.11 peratus KDNK.
2. Pakistan
Import tenaga bersih 4.39 peratus KDNK, dengan 88.8 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 5.57 peratus KDNK. Rizab hanya 2.8 bulan import dan hutang luar kerajaan 25.07 peratus KDNK.
3. Sri Lanka
Import tenaga 3.23 peratus KDNK, dengan 43.5 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 2.90 peratus KDNK. Rizab 2.9 bulan import, hutang luar kerajaan 41.81 peratus KDNK.
4. Mesir
Import tenaga 2.86 peratus KDNK, 46.0 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 5.48 peratus KDNK. Rizab 4.5 bulan import, hutang luar kerajaan 30.67 peratus KDNK.
5. Ethiopia
Import tenaga 1.71 peratus KDNK, dengan 97.0 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 0.08 peratus KDNK. Rizab 1.8 bulan import, hutang luar kerajaan 22.46 peratus KDNK.
6. Kenya
Import tenaga 2.83 peratus KDNK, 74.7 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 0.31 peratus KDNK. Rizab 4.0 bulan import, hutang luar kerajaan 30.06 peratus KDNK.
7. Nepal
Import tenaga 6.78 peratus KDNK, 51.4 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 8.14 peratus KDNK. Rizab 10.4 bulan import, hutang luar kerajaan 20.93 peratus KDNK.
8. Bangladesh
Import tenaga 2.23 peratus KDNK, 38.0 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 2.78 peratus KDNK. Rizab 3.2 bulan import, hutang luar kerajaan 16.44 peratus KDNK.
9. Afrika Selatan
Import tenaga 3.75 peratus KDNK, 48.6 peratus dari Timur Tengah. Tiada kiriman wang dari Teluk. Rizab 5.7 bulan import, hutang luar kerajaan 22.32 peratus KDNK.
10. Vietnam
Import tenaga 3.13 peratus KDNK, 37.5 peratus dari Timur Tengah. Tiada kiriman wang Teluk. Rizab 2.4 bulan import, hutang luar kerajaan 9.55 peratus KDNK.
11. Thailand
Import tenaga 7.25 peratus KDNK, 52.3 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 0.03 peratus KDNK. Rizab 7.5 bulan import, hutang luar kerajaan 6.16 peratus KDNK.
12. Filipina
Import tenaga 3.55 peratus KDNK, 25.6 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 2.55 peratus KDNK. Rizab 7.3 bulan import, hutang luar kerajaan 15.80 peratus KDNK.
13. Indonesia
Import tenaga 1.49 peratus KDNK, 15.9 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 0.40 peratus KDNK. Rizab 5.7 bulan import, hutang luar kerajaan 16.84 peratus KDNK.
14. India
Import tenaga 2.82 peratus KDNK, 51.4 peratus dari Timur Tengah. Kiriman wang 1.64 peratus KDNK. Rizab 7.5 bulan import, hutang luar kerajaan 5.50 peratus KDNK.
15. Turki
Import tenaga 0.64 peratus KDNK, 8.4 peratus dari Timur Tengah. Tiada kiriman wang Teluk. Rizab 4.7 bulan import, hutang luar kerajaan 10.93 peratus KDNK.

Foto sekadar hiasan
Secara keseluruhannya, negara yang paling terdedah ialah yang mencatat kebergantungan tinggi terhadap import tenaga, khususnya dari Timur Tengah.
Namun begitu, ianya mempunyai rizab rendah dan hutang luar yang besar untuk menampung sebarang kejutan ekonomi global.
Sumber: The Economist