Skip to main content

Advertisement

Berita

Ustazah Asni Abu Mansor Nikah Lelaki Palestin, Syukur Kembali Bergelar Isteri

ustazah asni abu mansor nikah lelaki palestin, syukur kembali bergelar isteriFoto: Instagram

Pendakwah terkenal, Ustazah Asni Abu Mansor, 49, mengumumkan berita gembira apabila kembali bergelar isteri selepas bernikah dengan lelaki berketurunan Palestin, Mounir Abdul Kareem Kaddoura, yang juga warganegara Amerika Syarikat.

Advertisement

Perkhabaran itu dikongsi sendiri oleh Ustazah Asni menerusi hantaran di Instagram yang disertakan dengan kapsyen ringkas namun penuh makna.

“Ada ketentuan yang tertulis dan takdir terlukis. Sakinah, mawaddah wa rahmah. Secara rasmi saya zaujah Mr. Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Asni Mansor (@asnimansor)

 

Dalam hantaran itu juga, beliau berkongsi video pendek memaparkan beberapa foto bersama suami, antaranya mereka berdua tampil sedondon mengenakan busana biru turquoise dalam suasana yang sederhana namun sarat dengan kebahagiaan.

Ibu kepada empat cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur atas pernikahannya dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT.

Ustazah Asni, yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, merupakan antara pendakwah wanita berpengaruh di Malaysia dan aktif menyampaikan kuliah agama di televisyen serta media sosial, selain sering dijemput memberi ceramah di seluruh negara.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda