Skip to main content

Advertisement

Berita

Malaysia Perhebat Diplomasi, Kapal Mula Lepasi Selat Hormuz

Foto: Reuters

Kementerian Luar memaklumkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal dagang milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz kini telah diberikan kebenaran laluan selamat dan sedang bergerak ke destinasi dituju.

Advertisement

Menurut kenyataan Wisma Putra, perkembangan tersebut dicapai hasil usaha diplomatik intensif di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara.

“Ia merangkumi perbincangan telefon yang berlangsung pada 26 Mac 2026 antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, selain komunikasi antara Menteri Luar, Datuk Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi pada 24 Mac 2026,” jelas kenyataan itu.

 

 

 

Dalam masa sama, Wisma Putra menegaskan komitmen Malaysia untuk mempertahankan prinsip kebebasan pelayaran serta keselamatan laluan maritim, selaras dengan peruntukan undang-undang antarabangsa.

Malaysia turut menekankan kepentingan rundingan berterusan dan pendekatan diplomasi dalam menangani isu serantau demi memastikan keamanan serta kestabilan dapat dikekalkan.

Sebelum ini, Kedutaan Iran di Malaysia mengesahkan bahawa kapal pertama dari Malaysia telah berjaya melepasi Selat Hormuz.

Perkembangan berkenaan turut dikongsikan menerusi satu hantaran di platform rasmi X milik kedutaan tersebut.

Sumber: X @MalaysiaMFA

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda