Skip to main content

Advertisement

Berita

Sekolah di Kelantan Diminta Tangguh Aktiviti Luar, PdPR Jika Suhu Cecah 37°C

Foto sekadar hiasan

Semua sekolah di Kelantan diminta menghentikan sementara sebarang aktiviti luar berikutan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku ketika ini.

Advertisement

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Siti Norina Muhamad memaklumkan bahawa arahan tersebut telah disampaikan kepada 595 buah sekolah di seluruh negeri sejak semalam.

Menurut beliau, pihak JPN sentiasa memantau situasi suhu semasa berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, selain menasihatkan sekolah agar menangguhkan aktiviti luar serta lawatan ke kawasan berisiko.

“JPN sentiasa memantau perkembangan suhu semasa menerusi Jabatan Meteorologi dan semua sekolah diminta menangguhkan aktiviti luar serta lawatan ke tempat berisiko,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya suhu meningkat melebihi 37 darjah Celsius, sesi pembelajaran akan beralih kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sekiranya suhu melebihi 37 darjah Celsius, sesi pembelajaran akan dilaksanakan secara PdPR dan jika ia mencapai suhu cuaca ekstrem sekolah boleh ditutup untuk sementara waktu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa keadaan semasa masih terkawal dan belum memerlukan pelaksanaan PdPR secara menyeluruh di semua sekolah.

“Bagaimanapun, kita sentiasa mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan anak-anak terdedah kepada risiko terkena strok haba dan setakat ini tiada laporan mengenai murid atau pelajar terkena strok haba,” katanya lagi.

Sumber: Bernama

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda