Skip to main content

Advertisement

Berita

Terengganu, Kelantan Isytihar Khamis Cuti Umum Sempena Aidilfitri

Foto sekadar hiasan

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan satu hari kelepasan am tambahan pada Khamis, 19 Mac ini bersempena sambutan Aidilfitri.

Advertisement

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Azmi Mohd Daham berkata, tarikh tersebut jatuh pada 29 Ramadan 1447 Hijrah dan telah dipersetujui oleh pihak kerajaan negeri.

“Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac 2026 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh Terengganu sempena menyambut Aidilfitri,” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan cuti umum negeri pada 23 Mac 2026 masih dikekalkan seperti yang telah diwartakan lebih awal mengikut peruntukan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.

Sementara itu, kerajaan Kelantan turut mengumumkan perkara serupa apabila menetapkan hari Khamis ini sebagai cuti kelepasan am di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat persiapan akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Beliau turut menambah, keputusan tersebut juga dilihat mampu membantu melancarkan aliran trafik yang dijangka meningkat menjelang musim perayaan.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama, Berita Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda