Skip to main content

Advertisement

Berita

Sifat Panas Neraka: 70 Kali Ganda Lebih Dahsyat Daripada Api Dunia!

sifat panas neraka: 70 kali ganda lebih dahsyat dari api dunia!

Foto: JAKIM

Advertisement

Gambaran tentang panasnya neraka sering menjadi peringatan keras buat umat Islam agar tidak lalai daripada perintah Allah SWT. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa panasnya api dunia ini hanyalah 1/70 daripada panasnya api neraka.

Bayangkan api yang kita rasai hari ini, walaupun sudah cukup membakar dan menyakitkan, sebenarnya hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kepanasan sebenar yang menanti di akhirat bagi mereka yang ingkar.

Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun semua api dunia dikumpulkan?”,

 Baginda menjawab: “Ia lebih panas 69 kali.”

(Riwayat Muslim)

Pesan ini bukan sekadar peringatan, tetapi satu peringatan mendalam tentang realiti akhirat. Kepanasan neraka bukan sekadar api biasa ia berlipat kali ganda lebih menyakitkan daripada apa yang mampu kita bayangkan.

sifat panas neraka: 70 kali ganda lebih dahsyat dari api dunia!

Foto Hiasan

Oleh itu, setiap insan sewajarnya menjadikan amalan kebaikan sebagai pelindung daripada azab yang dahsyat ini. Menunaikan solat, menjaga lidah, menjauhi dosa dan sentiasa bertaubat adalah langkah-langkah penting untuk mencari perlindungan daripada api neraka.

“Maka peliharalah diri kamu daripada api neraka, walaupun dengan (bersedekah) separuh biji kurma.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: X (@MyJAKIM)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda