
Penyanyi dan pelakon Marsha Milan akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama suami dan keluarganya hari ini. Marsha memberitahu dia sudah lama berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah dan bersyukur akhirnya direalisasikan.
Marsha telah berhajat menunaikan umrah pada 1 November bersama-sama keluarganya.
Advertisement
Marsha merupakan seorang mualaf yang memeluk agama Islam sebelum beliau berkahwin dengan suaminya yang merupakan jejaka Melayu. Marsha kelihatan sungguh ayu mengenakan pakaian untuk menunaikan ibadah umrah tanpa secalit alat solek di wajahnya.
Sumber - Astro Awani