Skip to main content

Advertisement

Berita

Bukan Suka-Suka! Ini Sebab Sebenar Kain Penutup Jenazah Di Masjidil Haram Berwarna-Warni

bukan suka-suka! ini sebab sebenar kain penutup jenazah di masjidil haram berwarna-warni

Foto Hiasan

Advertisement

Masjidil Haram bukan sahaja menjadi tumpuan jutaan umat Islam dari seluruh dunia, malah pengurusan jenazah di sana juga tersusun dan sistematik. Tahukah anda, kain penutup jenazah yang digunakan di Masjidil Haram hadir dalam pelbagai warna dan setiap satu membawa maksud tersendiri?

Namun perlu ditegaskan, kain berwarna ini bukan kain kafan. Kafan tetap berwarna putih seperti yang dituntut syarak. Kain berwarna tersebut hanyalah penutup selepas jenazah selesai dimandikan dan diuruskan oleh pihak bertanggungjawab.

Berdasarkan sistem pengurusan di Masjidil Haram, enam warna kain penutup digunakan bagi memudahkan pengecaman dan urusan logistik:

  • Putih – Jenazah yang meninggal dunia dalam keadaan ihram
  • Coklat – Jenazah lelaki dewasa
  • Hitam – Jenazah perempuan dewasa
  • Hijau (berbumbung) – Jenazah kanak-kanak
  • Biru – Jenazah yang diuruskan pihak hospital
  • Kuning – Individu berstatus khas seperti pemimpin atau tokoh tertentu

Perbezaan paling ketara dapat dilihat pada jenazah kanak-kanak yang kebiasaannya mempunyai bumbung khas, manakala jenazah dewasa tidak berbumbung.

Seorang pengguna Facebook, Zul Yusoff, tampil menjelaskan di ruangan komen mengenai rasional penggunaan warna berbeza ini.

Menurutnya, sistem warna tersebut digunakan bagi memudahkan pengurusan kerana setiap waktu boleh mencecah lebih 30 jenazah. Jika semuanya menggunakan satu warna, ia boleh menimbulkan kekeliruan.

bukan suka-suka! ini sebab sebenar kain penutup jenazah di masjidil haram berwarna-warni

Foto Hiasan

Antara tujuan utama sistem ini ialah:

Memudahkan pengecaman oleh keluarga atau waris

Mengurus jenazah daripada pelbagai pusat pengurusan

Membezakan lokasi persemadian seperti di Al Maala atau Al Saraya

“Sistem ini cuma diaplikasikan di Masjidil Haram sahaja dan lebih kepada pengurusan persemadian, bukan tentang kasta,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi apabila arwah bapanya disemadikan di Al Saraya.

“Alhamdulillah wa syukrulillah ayah saya disemadikan di Al Saraya. Miss him so much.”

Walaupun warna kain penutup berbeza, hakikatnya semua insan adalah sama di sisi Allah SWT. Yang membezakan hanyalah iman, amal dan keikhlasan hati.

Sistem warna ini hanyalah satu bentuk pengurusan yang efisien di lokasi paling sibuk di dunia Islam. Dalam kesibukan jutaan jemaah, setiap jenazah tetap diuruskan dengan penuh tertib dan penghormatan.

 

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda