Susulan penularan wabak COVID-19, pihak berkuasa Arab Saudi telah melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran Masjidil Haram di Makkah dan Madinah.
Menurut laporan agensi berita Anadolu, tindakan tersebut dilakukan kerajaan arab Saudi merupakan usaha untuk membendung penyebaran wabak tersebut.
Advertisement

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat," agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.
Sebelum ini, semua solat jemaah di masjid-masjid lain di Arab Saudi telah ditangguhkan kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Setakat ini, Arab Saudi melaporkan sebanyak 274 kes yang positif COVID-19.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani