Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Pelukis Tatu Akui Serba Salah Layan Permintaan Pelanggan Muslim - “Saya Tak Boleh Buat Sebab Ianya Haram..”

Foto: TikTok

Seorang wanita yang bekerja sebagai pelukis tatu berkongsi kisah tentang dilema yang sering dihadapinya apabila menerima permintaan daripada pelanggan Muslim yang mahu mendapatkan tatu pada tubuh mereka.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dia menceritakan bagaimana dirinya berada dalam keadaan serba tidak kena sama ada untuk menerima tempahan demi mencari pendapatan atau menolak atas dasar memahami bahawa tatu merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Menurutnya, sebelum ini dia percaya bahawa individu beragama Islam tidak sepatutnya bertatu kerana ia kekal pada badan sehingga akhir hayat.

“Saya ingatkan memang Muslim tak boleh bertatu. Lagipun tatu akan bersama kamu sampai kamu mati,” katanya.

Dia turut menjelaskan bahawa ada kalanya pelanggan Muslim sendiri datang bertanya sama ada dia boleh menyediakan perkhidmatan tatu untuk mereka, namun situasi itu membuatkan dia sukar membuat keputusan.

Katanya, dia perlu memilih antara keperluan mencari rezeki atau berpegang kepada prinsip yang diyakininya.

“Saya ada ramai pelanggan Muslim yang tanya sama ada saya boleh tatu mereka atau tidak. Ini agak susah untuk saya, sebab saya nak cari duit tapi dalam masa sama tak boleh buat,” jelasnya.

 

@leishiadelaide Aku nak buat jugak xpi xleh 🥲 #malaysia #CapCut #fyp #foryou #malaysiatiktok ♬ 原声 - comeladelaide

 

 

Tambahnya, dia biasanya akan menolak permintaan daripada pelanggan yang masih belum mempunyai tatu.

“Kalau kamu belum ada tatu, saya akan minta maaf dan tak boleh buat sebab ini memang haram,” katanya.

Namun begitu, dia menyatakan sedikit kelonggaran jika pelanggan tersebut sudah mempunyai tatu sedia ada.

“Kalau dah ada tatu dan nak cover atau tambah, itu saya boleh pertimbangkan. Tapi kalau masih bersih tanpa tatu, lebih baik jangan buat kerana ia akan kekal sepanjang hidup,” ujarnya.

Perkongsian itu mencetuskan perbincangan kerana menggambarkan situasi sukar apabila seseorang perlu menyeimbangkan tuntutan pekerjaan dengan sensitiviti agama.

Sumber: TikTok @comeladelaide

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda