Skip to main content

Advertisement

Berita

Hukum Mendoakan Keburukan Terhadap Orang Zalim Menurut Pandangan Ulama

hukum mendoakan keburukan terhadap orang zalim menurut pandangan ulamaFoto sekadar hiasan

Mendoakan keburukan ke atas individu yang melakukan kezaliman adalah harus dalam Islam. Perbuatan itu dibenarkan sekiranya ia ditujukan kepada pihak yang nyata melakukan kejahatan, termasuk musuh yang memudaratkan umat Islam.

Advertisement

Penjelasan tersebut merujuk pandangan Imam Nawawi yang menyatakan bahawa doa keburukan terhadap penzalim mempunyai sandaran daripada Al-Quran, hadis serta amalan para ulama terdahulu.

Disebabkan itulah, ia dianggap sebagai satu bentuk doa yang tidak bercanggah dengan syarak apabila kezaliman telah terbukti.

Sebagai contoh, terdapat hadis di mana Rasulullah SAW berdoa:

“Ya Allah, sesiapa daripada pemimpin umatku yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia.”

Terdapat juga riwayat lain yang menunjukkan Nabi memohon laknat Allah ke atas pemerintah zalim yang menindas orang beriman.

Walau bagaimanapun, garis panduan tetap wujud. Ulama menegaskan bahawa doa keburukan tidak boleh ditujukan kepada sesama Muslim tanpa sebab yang sah.

Sekiranya seseorang tidak melakukan kezaliman, maka mendoakan kecelakaan ke atasnya adalah dilarang dan termasuk dalam perbuatan melampaui batas.

Artikel itu turut menekankan bahawa doa seperti ini sebenarnya adalah ruang pertolongan bagi mereka yang dizalimi, namun ia harus digunakan dengan penuh tanggungjawab dan tidak dipengaruhi emosi atau dendam yang berlebih-lebihan.

Sumber: Harakah Daily

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda