Skip to main content

Advertisement

Berita

Doa-doa Yang Boleh Dihafal Dan Diamalkan Sebagai Pembuka Rezeki Yang Melimpah Ruah

doa-doa yang boleh dihafal dan diamalkan sebagai pembuka rezeki yang melimpah ruah

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit ataupun harta duniawi. Rezeki boleh dinilai dari segi kesihatan, keluarga, kejayaan, kebolehan dan segala kebaikan yang diberikan oleh Illahi. Malah, Neelofa juga pernah berkongsi doa pembuka rezeki yang selalu diamal olehnya yang menjadi viral di sosial media. Di sini ada beberapa doa yang boleh dihafal dan diamalkan sebagai pembuka rezeki buat anda semua.

  1. Selawat Murah Rezeki

Advertisement

Membaca Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali selepas menunaikan solat fardhu.

Ya Fattah membawa maksud Maha pembuka atau pemberi keputusan. Keutamaan membaca Ya Fattah untuk membuka rezeki dari sego jodoh, keturunan, kesembuhan dan lain-lain. Ya Razzaq pula membawa maksud Maha pemberi rezeki.

Selepas membaca selawat murah rezeki, dilanjutkan dengan membaca ayatul kursi dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Jadikan sebagai rutin harian, dengan izin Illahi anda akan dimurahkan rezeki.

  1. Doa Yang Dibaca Selepas Solat Dhuha

doa-doa yang boleh dihafal dan diamalkan sebagai pembuka rezeki yang melimpah ruah

  1. Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah amat dikenali sebagai surah yang membawa berkat. Surah Al-Waqiah mengandungi sumber yang mendatangkan rezeki dan menolak kekafiran.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Digalakkan untuk membaca Surah Al-Waqiah setiap hari dan malam sebagai rutin seharian untuk menjauhkan diri daripada kefakiran selamanya.

Sumber: Pesona Pengantin

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda