Skip to main content

Advertisement

Berita

Amalan Berbaring Selepas Solat Sunat Subuh, Antara Riwayat dan Kefahaman Sunnah

amalan berbaring selepas solat sunat subuh, antara riwayat dan kefahaman sunnahFoto sekadar hiasan

Menerusi segmen #ZayanShare, penyampai radio, Faizal Ismail berkongsi mengenai satu amalan Rasulullah SAW yang disebut dalam beberapa riwayat iaitu berbaring di sisi kanan selepas menunaikan solat sunat Subuh, sebelum baginda bangun menunaikan solat fardu secara berjemaah.

Advertisement

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, disebut bahawa 

“Rasulullah SAW apabila selesai solat dua rakaat (sunat Subuh), baginda berbaring di atas lambung kanannya.”

Hadis ini sering dijadikan sandaran oleh sebahagian ulama dan masyarakat sebagai galakan untuk berbaring sebentar selepas menunaikan solat sunat Subuh.

 

 

Bagaimanapun, ada juga pandangan lain yang menjelaskan bahawa amalan ini berlaku ketika Nabi SAW menunggu azan Subuh, bukan semestinya selepas solat sunat Subuh itu sendiri.

Justeru, sebahagian ahli ilmu berpendapat bahawa berbaring selepas solat sunat Subuh tidak menjadi kesalahan, malah boleh diamalkan sebagai satu bentuk rehat ringan, asalkan tidak disandarkan secara mutlak sebagai sunnah khusus.

Apa pun pandangannya, amalan berbaring di sisi kanan tetap disebut dalam banyak hadis sahih sebagai adab tidur yang diajar oleh Rasulullah SAW, menunjukkan betapa Islam menekankan keseimbangan antara ibadah dan rehat.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda