Skip to main content

Advertisement

Berita

Naskah Al Quran Terpanjang Di Dunia

Sepanjang 208 meter dan lebar 1.15 meter, Karya agung Al-Quran ini merupakan format terpanjang di dunia yang memerlukan tenaga yang sangat ramai.

Quran-Panjang.jpeg

Ia dicipta dalam bentuk skrol potongan kertas Al Quran secara komprehensif. Penetilian selama 3 tahun setengah ini menitik beratkan kaedah potongan kertas tradisional dari Cina.

Advertisement

Seni kraf berbingkai untuk mempamerkan kesemua 144 surah Al-Quran ini dihasilkan oleh 70 orang diketuai oleh Yusuf Xu Jun yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Profesional Kesihatan Kebangsaan Hui, Negara China.

Quran-terpanjang.jpeg

Yusuf Xu Jun sudah menceburi kajian budaya kebangsaan dan penerokaan seni selama 10 tahun dan telah menghasilkan pelbagai kraftangan dengan ciri-ciri Islam.

Pada tahun 2008, dengan gabungan budaya China yang berusia 5,000 tahun, teknik pemotongan kertas tradisional, teknik kertas beras, teknik pemasangan, teknik sutera dan kaedah menatal yang unik, Al-Quran versi potongan kertas pertama di dunia telah direka dan dihasilkan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda