Skip to main content

Advertisement

Berita

Guru Muda Hadapi Cabaran Tangani Masalah Murid Kurang Beradab

guru muda hadapi cabaran tangani masalah murid kurang beradab

Foto Hiasan

Advertisement

“Cikgu, saya tak suka cara cikgu ajar.”

“Kenapa saya kena hormat cikgu, cikgu muda lagi!”

Inilah antara realiti pahit yang semakin biasa dihadapi oleh guru muda hari ini. Bukan kerana mereka tidak hebat mengajar, tetapi kerana adab murid semakin pudar. Dalam dunia pendidikan moden yang penuh cabaran, isu adab bukan sekadar masalah kecil, ia boleh menjadi penghalang besar dalam menyampaikan ilmu.

Dalam tradisi ilmu, adab datang dahulu sebelum pelajaran. Murid yang beradab akan mudah mendapat berkat ilmu dan membina hubungan yang sihat dengan guru. Tetapi hari ini, semangat hormat-menghormati semakin menghilang. Murid semakin berani melawan, mengabaikan arahan, dan bersikap kurang ajar, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan guru yang muda dan baru.

guru muda hadapi cabaran tangani masalah murid kurang beradab

Foto Hiasan

Guru muda datang dengan semangat dan idealisme. Namun, bila adab murid diuji, semangat itu boleh terhakis. Antara cabaran utama yang mereka hadapi termasuk:

-Tiada rasa hormat kerana usia yang muda.

-Kata-kata sinis dan tindakan melawan.

-Sukar membina autoriti di dalam kelas.

-Tekanan emosi dan kurang sokongan.

Isu adab murid bukan tanggungjawab guru semata-mata. Ia merupakan tanggungjawab Bersama di antara sekolah, ibu bapa, masyarakat dan media.

Jika kita mahu lahirkan generasi hebat, mulakan dengan memulihkan adab. Tanamkan semula budaya hormat kepada guru. Kerana ilmu tanpa adab ibarat pedang tanpa sarung, ia tajam tetapi berbahaya.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda