Skip to main content

Advertisement

Berita

Video Kejutan Temui Isteri di Tanah Suci Tular, Ini Rupanya Kisah Perancangan Si Suami

video kejutan temui isteri di tanah suci tular, ini rupanya kisah perancangan si suamiFoto: Izzuddin Ehsan

Sebuah video pertemuan suami isteri di Tanah Suci Mekah mencuri perhatian ramai selepas tular di media sosial, khususnya di platform TikTok.

Advertisement

Video tersebut memaparkan detik penuh emosi apabila seorang suami, Izzuddin Ehsan, secara sembunyi-sembunyi ingin membuat kejutan kepada isterinya, Fyqa Mael, ketika mereka berada di Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menurut Izzuddin, dia tidak pernah menjangkakan kandungan tersebut akan menjadi tular.

            ⁠“Saya post content itu hari Selasa, lepas itu ia meletup secara tiba-tiba. Saya bangun pagi sebelum Subuh dan mendapati TikTok saya dipenuhi notifikasi. Ketika itu jumlah tontonan meningkat dengan sangat pantas,” katanya.

Tujuh Tahun Perkahwinan dan Rezeki yang Tidak Dirancang

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun, dengan ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Januari. Walaupun perjalanan ke Tanah Suci itu bukan dirancang sebagai sambutan ulang tahun, pertemuan tersebut dianggap sebagai satu momen istimewa.

“Kalau ikutkan, anniversary kami pada bulan Januari. Jadi kami anggap pertemuan di sana sebagai anniversary kami,” ujar Izzuddin.

Isterinya berlepas ke Mekah lebih awal pada 30 Disember bersama rakan-rakan rapat sejak kecil. Ketika itu, Izzuddin sendiri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menunaikan umrah. Namun, satu perbualan ringkas bersama rakannya, Muiz, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengubah segalanya.

            ⁠“Muiz tiba-tiba cakap, ‘Din, jom kita buat DIY Umrah 6 haribulan.’ Masa itu isteri saya sebenarnya sudah berada di Mekah. Saya terkejut dan beritahu saya memang tak ada sebarang plan,” katanya.

video kejutan temui isteri di tanah suci tular, ini rupanya kisah perancangan si suamiFoto: Izzuddin Ehsan

Keputusan Spontan dengan Sokongan Keluarga

Pada awalnya, Izzuddin mengakui berasa ragu dan tidak bersedia. Namun selepas berbincang dengan keluarga sendiri dan keluarga mentua, beliau menerima sokongan penuh.

            ⁠“Family saya dan family mertua cakap ini rezeki. Kalau ada peluang buat umrah, pergilah,” katanya.

Segala urusan termasuk tiket penerbangan, visa dan persiapan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari sahaja. Izzuddin berlepas ke Mekah pada 6 haribulan dan setibanya di sana, beliau terus berniat dan menyempurnakan ibadah umrah terlebih dahulu.

            ⁠“Saya memang tak ada niat nak surprise isteri dulu. Niat utama saya ke sana adalah untuk buat umrah. Surprise itu nombor dua,” jelasnya.

 

@izzuddinehsan11 Begin 2026 with our 7th anniversary moments🥹. Semoga kita dijemput lg kesana🕋. Rindu 🥹 #mecca #umrahmemories #moments #anniversary ♬ surat cinta untuk starla - ʜɢ ꜱᴛᴏʀʏ

 

Kejutan Tanpa Pengetahuan Isteri

Sepanjang perjalanan, Izzuddin tidak menghubungi isterinya selama hampir 12 jam kerana pelbagai faktor. Keadaan itu menyebabkan isterinya mula berasa pelik.

            ⁠“Mesej saya satu tick saja. Isteri kawan saya ada beritahu isteri saya dah mula moody. Tapi semua family bantu cover dan cakap saya sibuk kerja,” katanya.

Dia menegaskan bahawa situasi tersebut bukan bertujuan untuk menipu.

            ⁠“Dalam hati saya memang tak ada niat nak bohong. Saya cuma nak buat surprise,” katanya.

Detik Pertemuan di Dataran Masjidil Haram

Selepas selesai menunaikan umrah dan bertahallul, pertemuan dirancang dengan bantuan rakan-rakan. Izzuddin menghampiri isterinya dari arah belakang di kawasan Dataran Masjidil Haram.

            ⁠“Saya rangkul bahu isteri saya dari belakang. Lebih lima saat baru dia pusing dan terkejut,” katanya.

Reaksi isterinya yang kelihatan menjauh dalam rakaman video bukan disebabkan rasa merajuk.

            ⁠“Dia sebenarnya terkejut dan pada masa yang sama dia nak jaga wuduk. Dia asyik cakap, ‘Saya ada wuduk,’” jelas Izzuddin.

video kejutan temui isteri di tanah suci tular, ini rupanya kisah perancangan si suami

Foto: Izzuddin Ehsan

Naluri Isteri dan Perancangan Rakan-Rakan

Selepas keadaan kembali tenang, isterinya mempersoalkan bagaimana pertemuan itu boleh berlaku.

            ⁠“Dia tanya macam mana boleh jadi dan bila saya plan. Sebenarnya dia ada naluri, tapi dia abaikan sebab tak nampak saya di situ,” katanya.

Izzuddin mengakui kejutan tersebut adalah hasil perancangan rakan-rakan rapat mereka.

            ⁠“Mastermind sebenar adalah Muiz dan kawan-kawan kami,” katanya.

Kisah ini bukan sahaja menarik perhatian ramai di media sosial, malah mencerminkan nilai keikhlasan, sokongan keluarga serta rezeki yang hadir tanpa dirancang, sekali gus menjadikan pertemuan itu satu momen bermakna dalam perjalanan hidup pasangan berkenaan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda