Skip to main content

Advertisement

General

Anak Bulan Jadi Penentu Syawal, 29 Lokasi Cerapan Tentukan Tarikh Hari Raya Sebenar!

Gambar Hiasan

Debaran menjelang Syawal makin terasa! Seluruh rakyat Malaysia kini hanya menunggu detik paling dinanti-nantikan iaitu pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M yang bakal menentukan bila umat Islam akan menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Advertisement

Seperti tradisi setiap tahun, pengumuman penting ini akan dibuat pada 19 Mac 2026 (Khamis), tepat jam 8:00 malam. Pastinya waktu ini akan jadi momen ‘berkumpul depan TV’ bersama keluarga, masing-masing meneka sama ada senario raya mengejut akan terjadi lagi atau sebaliknya.

Gambar Hiasan

Penentuan tarikh Aidilfitri bukanlah dibuat secara sembarangan. Ia berdasarkan cerapan anak bulan yang dijalankan di 29 lokasi seluruh negara, melibatkan pakar falak dan pihak berautoriti. Proses ini cukup teliti bagi memastikan ketepatan dalam menetapkan 1 Syawal yang sebenar.

Menariknya, setiap tahun suasana menunggu pengumuman ini sentiasa dipenuhi debaran. Ada yang sudah siap baju raya, lemang pun mungkin dah tempah awal, tetapi semuanya tetap bergantung pada satu pengumuman rasmi ini!

Apa pun keputusannya nanti, yang pasti kehadiran Syawal tetap disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keinsafan selepas menempuh Ramadan yang penuh barakah.

Jadi, jangan terlepas untuk mengetahui tarikh Hari Raya Aidilfitri Khamis ini, jam 8 malam. Sama-sama kita nantikan pengumuman penuh bermakna ini dengan hati yang tenang dan penuh syukur.

Sumber: X (@MyJAKIM)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda