Skip to main content

Advertisement

Berita

Zikir Ringan di Bibir yang Berat di Timbangan Akhirat

zikir ringan di bibir yang berat di timbangan akhirat

Foto: JAKIM

Advertisement

Dalam kesibukan kehidupan seharian, kita sering terlupa bahawa amalan yang paling dicintai oleh Allah tidak semestinya yang sukar atau panjang. Kadang kala, hanya dengan zikir yang ringan di bibir, kita mampu meraih ganjaran besar di sisi-Nya.

Zikir ini mengandungi pujian dan pengagungan kepada Allah SWT, menzahirkan rasa syukur serta kerendahan hati seorang hamba kepada Penciptanya. Amalan mudah ini boleh diucapkan bila-bila masa dan di mana sahaja sama ada ketika memandu, berjalan, berehat atau sebelum tidur.

Zikir ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada jiwa, bahkan menjadi bukti kecintaan seorang hamba kepada Tuhannya. Walau ringan pada lidah, pahalanya amat besar dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Sesungguhnya, hati yang sentiasa mengingati Allah akan sentiasa diberi ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan.

Sumber: X (@MyJAKIM)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda