Skip to main content

Advertisement

Berita

juruterbang mendaratkan pesawat ketika ribut tular

juruterbang mendaratkan pesawat ketika ribut tular

 

Advertisement

LONDON: Rakaman video dari kokpit pesawat komersial syarikat Qatar Airways yang tular menunjukkan detik-detik cemas juruterbangnya mendaratkan kapal terbang itu ketika ribut Eunice melanda Lapangan Terbang Heathrow, London baru-baru ini.

Pesawat itu dipandu oleh Kapten Khalifa Al Thani.

Rakaman video itu menunjukkan tangan kiri Khalifa memegang alat kawalan pendaratan yang sedang bergerak-gerak manakala tangan kanannya memegang tombol bagi mengimbangi badan pesawat tersebut semasa ia mendarat ketika angin kencang.

Lebih 200,000 orang menyaksikan pendaratan kapal terbang penumpang itu menerusi saluran YouTube yang dikendalikan oleh seorang penerbit Big Jet TV, Jerry Dywer ketika beliau berdiri di dalam sebuah van di sebuah landasan terbang di lapangan terbang tersebut.

Juruterbang itu turut mengucapkan terima kasih kepada Big Jet TV kerana membuat liputan pendaratan tersebut menerusi saluran YouTube. - Agensi

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda