Skip to main content

Advertisement

Berita

Pulau Terbentuk Selepas Gempa Bumi Ditelan Lautan Pasifik

pulau terbentuk selepas gempa bumi ditelan lautan pasifik

Enam tahun lalu, selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda wilayah Baluchistan telah terbentuknya sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai Zalzala Koh.

Advertisement

Dengan berukuran 90 meter tinggi dan 40 meter panjang, pulau tersebut dipercayai terbentuk berpunca daripada letusan gunung berapi lumpur yang berada di dasar laut.

Walaubagaimanapun, hakisan secara berperingkat daripada fenomena air pasang telah meyebabkan pulau tersebut tenggelam semula.

Agensi Pentadbiran Angkasa Dan Aeronautik Negara (NASA) telah mengeluarkan sekeping gambar. Biarpun sudah ditenggelami air, namun pulau tersebut masih jelas kelihatan.

"Pulau itu adalah timbunan besar lumpur dari dasar laut yang ditolak ke permukaan," kata ahli geologi di Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS), Bill Barnhart yang mengkaji gempa bumi di Pakistan dan Iran pada 2013.

Difahamkan, Zalzala Koh terbentuk daripada pelbagai sedimen dan serpihan yang disebabkan oleh penenggelaman plat Arab di bawah plat Eurasia.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda