
Sebuah kawah berapa yang dikenali sebagai Yellowstone dijangka bakal meletus bila-bila masa sahaja. Kesan daripada letusan itu, lebih dua pertiga populasi dunia akan pupus.
Advertisement
Menurut pakar geologi dari Universiti of Silesia di Poland, Dr Jerzy Zaba berkata letusan yang terhasil sangat bahaya. Kejadian alam ini tidak dapat dielak oleh sesiapa pun.
Betapa hebatnya, letusan ini mampu memusnahkan seluruh Amerika Syarikat. Kawah yang terletak di Yellowstone National Park di Wyoming, Amerika Syarikat ini boleh sahaja meletus pada bila-bila masa sahaja. Telah banyak amaran yang dikeluarkan akan letusan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kesan daripada letusan ini juga akan mengakibatkan pembebasan gas dari sulphur monoksida ke ruang udara dan menyebabkan cuaca menjadi sejuk. Akibatnya, penduduk dunia akan mati disebabkan kelaparan.
Untuk rekod, kawah berapi itu pernah meletus sebanyak tiga kali dan setiap kali terjadi pasti akan mengubah landskapnya.
Sejak tahun 2001 lagi, the Yellowstone Volcano Observatory (YVO) yakni badan organisasi yan menjalankan kajian pemerhatian telah melakukan pemerhatian terperinci kawah berapi itu.
Sumber: Astro Awani