Filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid mencatat sejarah dan rekod tersendiri dalam industri perfileman tempatan apabila dilaporkan mencatatkan kutipan lebih RM30 juta sejak mula ditayangkan 9 Ogos lalu sehingga kini.
Walaupun belum ada laporan rasmi berhubung kutipan daripada mana-mana pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) atau pihak pemamer (panggung wayang), tetapi angka lebih RM30 juta itu sudah menjadi viral dalam media sosial.
Advertisement
Kutipan filem Hantu Kak Limah terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu menjadi satu penanda aras yang sangat tinggi dan amat sukar untuk disaingi oleh mana-mana penerbit filem tempatan selepas ini.
Filem Hantu Kak Limah bukan saja menjadi viral di Malaysia, tetapi rupanya sudah sampai di Ireland.
Jaga - jaga tau Hantu Kak Limah, nanti kena tangkap dengan Ghostbuster. Hehe