Skip to main content

Advertisement

Berita

Waspada Terhadap Sumber Maklumat dan "Pakar Medikal Medsos"

Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengingatkan orang ramai supaya lebih berjaga-jaga dalam membeli dan mendapatkan barangan komestik.

 

Advertisement

waspada terhadap sumber maklumat dan pakar medikal medsos

 

Hal ini demikian kerana, walaupun terdapat pelbagai kajian dan maklumat yang dikongsikan penjual mengenai produk mereka, namun sumber mengenai data atau bahan barangan komestik masih kekal misteri. Taktik ini merupakan salah satu daripada kaedah jualan yang digunakan untuk menyakinkan pengguna bagi mendapatkan produk mereka.

waspada terhadap sumber maklumat dan pakar medikal medsos

 

Justeru, beliau menegaskan bahawa pengetahuan pengguna perlu diperkasa bagi mengelakkan gejala ini dari terus berleluasa. 

“Saya yakin kita perlu memberitahu kepada masyarakat ada talian informasi yang mana masyarakat perlu sentiasa rapat dan hubungi talian informasi ini.

“Selain itu, rujuklah kepada pengamal perubatan sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang produk kosmetik yang mereka ingin gunakan"

waspada terhadap sumber maklumat dan pakar medikal medsos

Beliau juga menambah bahawa pengguna perlu lebih arif dalam menyemak produk tersebut dengan melihat sama ada ia mempunyai logo pendaftaran dengan KKM, label, tarikh luput dan juga bahan-bahan utama yang digunakan.

Selain itu, Dr Shamsul juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan gelaran pakar kerana beberapa akta berkaitan penggunaan gelaran tersebut dalam penjualan bahan kosmetik perlu diperhalusi. 

Pada masa yang sama, Dr Noor Azmi Ghazali yakni Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah memaklumkan Dewan Rakyat bahawa penggunaan gelaran professional seperti "doktor" untuk pengesyoran kosmetik adalah tidak dibenarkan. Larangan ini adalah selaras Guideline for Cosmetic Advertisement yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

 

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda