Skip to main content

Advertisement

Berita

Wanita Ini Guna Jubah Untuk Padam Api Dan Selamatkan Nyawa Mangsa Terbakar

wanita ini guna jubah untuk padam api  dan selamatkan nyawa mangsa terbakar

Satu kejadian baru-baru ini di Abu Dhabi telah mendorong Jawaher Saif Kumaiti menggunakan jubah untuk memadamkan api dan menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang terbakar selepas kenderaan dinaiki kemalangan.

Advertisement

Jawaher, 22, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat rakannya di hospital dan dia ternampak dua trak terbakar dan mendengar jeritan mangsa menjerit meminta tolong.

Mangsa Harkirit Singh, berjaya keluar dari kenderaan terbakar itu malangnya bajunya dijilat api.

Jawaher yang melihat kejadian dengan pantas meminta rakannya membuka jubah dipakai bagi membantu memadamkan api.

Jawaher menceritakan yang beliau terkejut melihat dua trak terbakar dan ternampak seorang lelaki menjerit meminta tolong lantas meminta jubah rakannya yang menumpang kereta dan segera membantu pemandu trak itu memadamkan api. Beliau  menenangkannya dan memberitahu dia akan selamat kerana pasukan keselamatan akan tiba tidak lama lagi.

Tetapi Jawaher juga menyuarakan tentang kekesalan dengan sikap orang ramai yang sekadar memerhatikan mangsa dijilat api walaupun lelaki itu tidak henti menjerit.

Ketua bahagian ambulans dan penyelamat jabatan polis di bandar itu, Mejar Tariq Mohamed Al Sharhan mengesahkan kedua-dua pemandu trak berkenaan mengalami kesan terbakar 40 hingga 50 peratus di badan mereka dan dipindahkan ke hospital pakar. 

Sumber dari Suara TV

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda