Skip to main content

Advertisement

Berita

Tersentuh Dengar Bacaan Al-Quran, Wanita Asing Minta Pemandu Kuatkan Volume

tersentuh dengar bacaan al-quran, wanita asing minta pemandu kuatkan volumeFoto: TikTok

Tular di media sosial sebuah video memaparkan tindakan spontan seorang wanita warga asing yang meminta pemandu e-hailing beragama Islam menaikkan volume bacaan ayat suci al-Quran semasa perjalanan mereka.

Advertisement

Wanita yang dikenali sebagai Viki Han, dipercayai dari New York, pada awalnya hanya duduk diam sebelum menyedari bacaan al-Quran berkumandang di dalam kereta.

Namun, berbeza daripada kebanyakan reaksi biasa, dia tidak meminta pemandu mematikannya. Sebaliknya meminta agar suara bacaan itu dikuatkan kerana katanya, ia menenangkan hati.

Menurut Viki, dia sedang melalui hari yang berat dan tidak menyangka bacaan itu mampu memberikan rasa tenang dan damai yang sukar dijelaskan. Walaupun bukan beragama Islam, dia turut mengakui alunan ayat al-Quran mempunyai keindahan tersendiri yang membawa ketenteraman jiwa.

 

@authenticvibrations I was having a really hard day this day and this moment brought so much healing for my heart. #quran #alhamdulillah ♬ original sound - The Cosmic Mother | Shaman 🌊

 

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk dalam kalangan bukan Islam, yang turut berkongsi pengalaman serupa apabila mendengar alunan al-Quran. Ramai menganggap momen itu sebagai bukti bahawa keindahan kalam Allah mampu menyentuh sesiapa sahaja, tanpa mengira agama atau latar belakang.

Rakaman tersebut kini tular di pelbagai platform media sosial dan menjadi simbol bahawa keindahan serta ketenangan al-Quran bersifat universal, menyentuh hati manusia dengan cara yang lembut dan penuh makna.

Sumber: TikTok

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda