![[video] ibuku dijemput ilahi pada hari pertama spm](https://media2.fishtank.my/media/zayan/assets/articles/1106rs13_cropped_1509980254.jpg)
Baru-baru ini, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang menerima khabar duka mengenai kematian ibunya akibat serangan jantung selepas selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu.
Advertisement
Berita kejadian 12 tengahari menimpa ibunya, Maziah Alias, 50, itu diketahui Muhammad Noh Zakaria, 17, sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang.
Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan dan tidak bermaya.
Menurut Muhammad Noh, dia tidak sedap hati selepas solat Zohor selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.
"Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar"
Semoga segalanya dipermudahkan kepada adik kita ini untuk menghadapi dugaan yang besar ini.
Sumber - mymetro