Skip to main content

Advertisement

Berita

Ustaz Nafi Rogol, Amang Seksual Pelajar OKU Dalam Stor Sekolah

Seorang guru sekolah agama didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang murid perempuan.

ustaz nafi rogol, amang seksual pelajar oku dalam stor sekolah

Namun, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas tujuh pertuduhan tersebut.

Advertisement

Tertuduh, Mohd. Zulkarnain Mohd. Zin, 34, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun pada 2023 dan juga 15 tahun pada tahun ini tanpa kerelaan remaja tersebut.

Perbuatan itu dilakukan dalam bilik stor sebuah sekolah agama di Skudai pada pukul 3.30 hingga 4.30 petang, Disember 2023 hingga Ogos lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda