Skip to main content

Advertisement

Berita

Usain Bolt Sertai Manchester United?

Bolt bakal dedah kelab bola sepak pertamanya

Pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu mengumumkan di Twitter tentang perkembangannya untuk mengukir nama dalam bola sepak.

Advertisement

Legenda olahraga ini iaitu Usain Bolt, mendakwa dia telah menandatangani kontrak bersama sebuah pasukan bola sepak dan akan mengumumkannya kelab yang masih menjadi tanda tanya itu, esok.

Bolt, yang mengakhiri kerjayanya sebagai pelari pecut selepas Kejohanan Dunia IAAF 2017 di London, sering bercakap tentang minat mendalamnya terhadap bola sepak dan pada bulan lalu, mendedahkan dia akan mengadakan sesi percubaan dengan Borussia Dortmund pada bulan depan.

Atlet kelahiran Jamaica berusia 31 tahun itu juga berulang kali menyatakan minatnya untuk menyertai gergasi Liga Perdana, Manchester United, kelab yang dipujanya sementara baru-baru ini menawarkan perkhidmatannya kepada francais Major League Soccer (MLS) milik David Beckham, Futbol Miami.

Bolt mengumumkan di Twitter malam tadi tentang perkembangannya untuk mengukir nama dalam bola sepak.

"Saya telah menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan bola sepak," tulis pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu.

Sumber - Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda