
Astro ingin menjemput semua Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ke acara POWER UP di mana anda berpeluang untuk melakukan lawatan dan melihat studio All Asia Broadcast Centre (Astro) pada 28 Jun hingga 1 Julai 2022.
Advertisement
Dengan tema “ POWER UP! Be In The Right Place To Grow”, pakar solusi media akan berkongsikan pandangan mereka mengenai trend tingkahlaku pengguna di Malaysia. Antara solusi yang akan dikongsikan nanti ialah “Addressable Advertising in Southeast Asia”, usahawan akan didedahkan dengan teknik untuk mempelajari inovasi pengiklanan bersasar . Dengan ini ianya dapat membantu usahawan IKS untuk menjangkau pengguna dengan hubungan yang lebih konsisten.
Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri proses belakang tadbir bagaimana sesuatu pengiklanan itu dihasilkan merentasi medium seperti Televisyen, Radio dan Digital di studio Astro. Malah anda juga berpeluang untuk menemui selebriti kegemaran anda dan juga boleh menikmati diskaun untuk pakej pengiklanan yang ditawarkan.
Anda juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik bernilai lebih dari RM 1 Juta merangkumi 10 set hadiah dengan setiap set terdiri daripada TV Pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD dan masa pengiklanan bernilai RM100,000.

Acara yang berlangsung selama 4 hari pada 28 Jun hingga 1 Julai 2022 ini akan mempunyai 3 sesi setiap hari bagi memudahkan usahawan IKS untuk memilih sendiri masa yang sesuai dengan anda. Anda diberikan pilihan untuk menghadiri acara ini pada jam 9:00 am, 11:30 am atau 2:30 pm.
Acara ini terhad kepada 40 orang sahaja bagi setiap sesi. Jadi tunggu apa lagi, tempah tempat anda sekarang di quake.com.my .