Skip to main content

Advertisement

Berita

Upin Ipin Keris Siamang Berjaya Raih RM25 Juta Dan Bakal Ditayangkan Di China, Vietnam Dan Indonesia

upin ipin keris siamang berjaya raih rm25 juta dan bakal ditayangkan di china, vietnam dan indonesia

Filem animasi popular, Upin Ipin: Keris Siamang berjaya mengumpul kutipan tiket berjumlah RM 25 juta dalam masa tiga minggu semenjak hari pertama ditayangkan. Ini menjadikan filem tersebut sebagai filem animasi terlaris sepanjang zaman.

Advertisement

Bukan itu sahaja, menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque, filem itu juga bakal menembusi pasaran beberapa negara seperti Vietnam, China dan juga Indonesia.

Menurut Burhanuddin, Les’ Copaque telah menandatangani satu perjanjian bersama pengedar filem di China pada 19 April yang lalu. Manakala, filem ini bakal membuka panggung dan mula ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia bermula pada 9 May ini.

Tahniah buat seluruh produksi Upin Ipin: Keris Siamang!

Sumber: NST

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda