Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 67 kes setakat 9 April 2020.
Dua kematian tersebut melibatkan mangsa lelaki dan perempuan masing-masing berusia 59 dan 23 tahun.
Advertisement

KKM turut melaporkan penambahan kes baharu sebanyak 109 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 4,228 setakat ini. Daripada jumlah tersebut, 72 kes masih menerima rawatan di ICU.
#COVID19Malaysia Status terkini 9 April 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 9, 2020
Kes baru 109
Keseluruhan 4,228
ICU 72 (termasuk 43 bantuan alat pernafasan)
Kes sembuh 121
Kes keseluruhan 1,608 (38.03%)
Kes kematian terbaru 2
Keseluruhan 67 kematian (1.58%) pic.twitter.com/1fmiKutrbq
Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 121 menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 1,487 jumlah pesakit. Syabas KKM!

Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM