Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 68 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,535 setakat 8 Mei 2020.
Daripada jumlah ini, 4 kes merupakan kes import daripada warganegara yang pulang dari luar negara, manakala kes selebihnya melibatkan jangkitan tempatan. 1,564 kes merupakan kes aktif dan 18 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU.
Terkini #covid19malaysia 8 Mei
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 8, 2020
Kes sembuh= 88
Jumlah sembuh= 4,864
Kes positif= 68
Jumlah positif= 6,535
Kes kematian= 0
Jumlah kematian=107
Sebanyak 18 kes dirawat di ICU dan 7 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan. pic.twitter.com/b3D5H7hfmW
Advertisement
Dimaklumkan juga terdapat tiada kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal kepada 107 orang setakat ini.
Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 88 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,864. Syabas KKM!
88 kes sembuh dilaporkan pada hari ini menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 74.43% iaitu bersamaan dengan 4,864.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 8, 2020
Tahniah kepada barisan hadapan KKM! Kami berterima kasih kepada anda semua. pic.twitter.com/Q39KnEJBFn
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM