Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 39 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,467 setakat 7 Mei 2020.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 1,584 kes merupakan kes aktif dan 19 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU.
Terkini #COVID19 7 Mei 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 7, 2020
Kes discaj 74
Kes baharu 39
Kematian 0 pic.twitter.com/Xs6oWzXmiP
Advertisement
Dimaklumkan juga terdapat tiada kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal kepada 107 orang setakat ini.
Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 74 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,776. Syabas KKM!
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM