Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 170 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,963 kes setakat 7 April 2020.
Daripada jumlah itu, 92 kes kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 50 daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan.
#COVID19Malaysia Status terkini sehingga 12pm, 7 April 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 7, 2020
Kes baharu 170
Keseluruhan 3,963
Kes discaj terbaharu 80
Keseluruhan 1,321 (33.33%)
Kematian terbaharu 1 kes
Keseluruhan 63 kes (1.6%) pic.twitter.com/c9R8sAwWjZ
Advertisement
Manakala, 1 jumlah kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 62 setakat ini.
Menurut beliau, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia dari 17 hingga 24 Mac lalu.
#COVID19Malaysia Satu kes kematian baharu menjadikan 63 kematian setakat ini. pic.twitter.com/n8wofZe8GY
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 7, 2020
KKM juga melaporkan terdapat 80 jumlah pesakit pulih daripada wabak COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 1,321 jumlah pesakit. Syabas KKM!

Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM