Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 45 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,428 setakat 6 Mei 2020.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 1,619 kes merupakan kes aktif dan 22 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU.
Advertisement
Terkini #COVIDー19 6 Mei 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 6, 2020
Kes baharu 45 termasuk 1 kes import.
Kematian baharu 1 kes
Ini menjadikan kes kematian 107 kes. pic.twitter.com/odGEsVrbIp
Dukacita dimaklumkan terdapat satu kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia meningkat kepada 107 orang setakat ini.

Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 135 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,702. Syabas KKM!
Terkini #COVID19 6 Mei 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 6, 2020
Bilangan pesakit yang sembuh terus meningkat.
Terbaharu, 135 pesakit telah pulih menjadikan 4,702 pesakit sembuh keseluruhan.
Kadar kesembuhan 73.15%. pic.twitter.com/vtdzOmsrX8
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM