Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 179 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,662 kes setakat 5 April 2020.
Daripada jumlah itu, 99 kes kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 48 daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan.
TERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
5 April 2020 (Ahad)
Kes baharu 179
Keseluruhan 3,662
Rawatan di ICU 99
Bantuan alat pernafasan 48
Kematian terbaharu 4
Keseluruhan 61 pic.twitter.com/qzSGyvgOVo
Advertisement
Manakala, 4 jumlah kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 61 setakat ini.
Kes terbaru kematian akibat wabak COVID-19 adalah seperti berikut:

Namun, terdapat 90 jumlah pesakit pulih daripada wabak COVID-19, menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 1,005 jumlah pesakit. Syabas KKM!
TERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
5 April 2020 (Ahad)
Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 90 kes
Ini menjadikan 1005 kes telah sembuh atau 27.44% daripada jumlah keseluruhan kes pic.twitter.com/4NY2SzyNku
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM