Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 150 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,483 kes.
TERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 4, 2020
4 April 2020 (Sabtu)
Kes baharu 150
Keseluruhan 3,483
Rawatan di ICU 99
Bantuan alat pernafasan 50
Kematian terbaru 4
Keseluruhan 57 pic.twitter.com/O4L1UOrQxm
Manakala, 4 jumlah kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 57.
Advertisement
Kes terbaru kematian akibat wabak COVID-19 adalah seperti berikut:
4 kematian baharu dilaporkan menjadikan 57 kematian atau 1.7% daripada keseluruhan kes.#COVID19Malaysia pic.twitter.com/Bogv2wUCHd
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 4, 2020
Namun, terdapat 88 jumlah pesakit pulih daripada wabak COVID-19, menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 915 jumlah pesakit setakat hari ini, 4 April. Syabas KKM!
Discaj
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 4, 2020
TERKINI #COVID19Malaysia
4 April 2020 (Sabtu)
Bilangan pesakit yang telah sembuh adalah seramai 88 kes
Ini menjadikan 915 kes telah sembuh. pic.twitter.com/br52320iie
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM