Skip to main content

Advertisement

Berita

57 Kes Baru Dan Dua Kematian COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 57 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,002 setakat 30 April 2020.

Daripada 57 kes ini, 25 kes merupakan kes import dan selebihnya melibatkan kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 1,729 kes merupakan kes aktif dan 36 kes masih menerima rawatan di ICU.

Advertisement

Dukacita memaklumkan terdapat dua kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia meningkat kepada 102 kes setakat ini.

dua kematian dan 57 kes baharu positif covid-19 dilaporkan

Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 84 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,171. Syabas KKM!

dua kematian dan 57 kes baharu positif covid-19 dilaporkan

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda