Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 217 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,333 kes.
TERKINI #COVID19Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 3, 2020
3 April 2020 (Jumaat)
Kes baharu 217
Keseluruhan 3,333
Rawatan di ICU 108
Bantuan alat pernafasan 54
Kematian terbaru 3
Keseluruhan 53 pic.twitter.com/9PpmnNjbZl
Manakala, 3 jumlah kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 53.
Advertisement
Kes terbaru kematian akibat wabak COVID-19 adalah seperti berikut:
3 kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan 53 kematian atau 1.6% daripada keseluruhan kes.#COVID19Malaysia pic.twitter.com/h49z5fhIs0
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 3, 2020
Namun, terdapat 60 jumlah pesakit pulih daripada wabak COVID-19, menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 827 jumlah pesakit. Syabas KKM!

Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM