Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 94 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,945 setakat 29 April 2020.
Daripada jumlah tersebut, 40 kes masih menerima rawatan di ICU.
Daripada 94 kes baharu hari ini, 72 adalah kes import iaitu pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Indonesia.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 29, 2020
Selebihnya iaitu 22 lagi kes jangkitan tempatan.
Advertisement
KKM turut memaklumkan tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal 100 kes setakat ini.
Terkini #COVID19 🇲🇾 29 April.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 29, 2020
Kes baharu melebihi kes sembuh.
Kes baharu 94
Kes aktif 1,758
Kes sembuh baharu 55
Keseluruhan sembuh 4,087
Kes kematian baharu TIADA
Keseluruhan 100 kes kematian
Terus patuhi PKP. Duduk di rumah, penjarakan sosial dan kerap cuci tangan. pic.twitter.com/m0xkwUMUpt
Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 55 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 4,087. Syabas KKM!

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM