Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 51 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,742 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 36 kes masih menerima rawatan di ICU.
Advertisement

Dukacita dimaklumkan terdapat dua lagi kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 98 kes setakat 25 April 2020.
Kes kematian ke-97 (kes ke-2354), lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan disahkan meninggal dunia pada 3.53 pagi tadi.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 25, 2020
Kes kematian ke-98 (kes ke-2806), perempuan
warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan disahkan
meninggal dunia pada 24 April jam 5.43pm. pic.twitter.com/SyLUZZ4rm2
Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 99 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 3,762. Syabas KKM!

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM