Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 88 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 5,691 setakat ini.
Daripada jumlah tersebut, 41 kes masih menerima rawatan di ICU.
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 4 petang pada 24 April 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 24, 2020
Keseluruhan kes positif ialah 5,691 kes dengan 64.36.% telah sembuh bersamaan 3,663 pesakit dan 1.69% atau 96 kematian.#StrongerTogether#StayAtHome#BreaktheChain#KitaMestiMenang#KitaTeguhKitaMenang pic.twitter.com/xoRj60lhT5
Advertisement
Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 96 kes setakat 24 April 2020.

Manakala penambahan pesakit pulih juga dilaporkan hari ini sebanyak 121 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 3,663. Syabas KKM!

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM